Header Ads

Header ADS

Inisiatif Graduan Pulang Sarawak 2019


Pada sesi Town Hall Lan Berambeh Anak Sarawak 2018 bersama YAB Datuk Patinggi Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Abang Haji Openg, pelajar-pelajar Sarawak dari IPT telah memohon subsidi bagi tiket kapal terbang untuk balik ke Sarawak semasa musim perayaan.
YAB Ketua Menteri telah meluluskan inisiatif bagi meringankan beban pelajar-pelajar Sarawak untuk membeli tiket penerbangan balik bermula dari musim perayaan Tahun Baru Cina 2019.
Melalui inisiatif ini, pihak Kerajaan Sarawak akan memberi subsidi sebanyak RM300 kepada pelajar Sarawak yang belajar secara sepenuh masa di IPT yang berdaftar dengan Kementerian Pendidikan Malaysia di Semenanjung Malaysia, Sabah & Wilayah Persekutuan Labuan untuk balik ke Sarawak.
Setiap pelajar adalah layak untuk memohon subsidi ini hanya dua (2) kali sahaja setahun.
Pemberian subsidi berkenaan khusus untuk golongan pelajar sahaja. Pemohon perlu mengemukakan bukti pembelian tiket penerbangan, boarding pass', dan surat pengesahan sebagai pelajar IPT.
Butiran lanjut mengenai syarat-syarat dan cara permohonan subsidi ini boleh didapati dari laman Facebook Sarawak Volunteers pada hari Jumaat, 1 Februari 2019.
Sekali lagi ini membuktikan YAB Ketua Menteri kita adalah prihatin dengan keperluan anak-anak Sarawak terutamanya para pelajar yang menuntut di luar Sarawak dengan menunaikan janji beliau kepada mereka.
Sekian.

YB Fazzrudin Hj Abdul Rahman
Penasihat
Sarawak Volunteers

No comments

Powered by Blogger.