Header Ads

Header ADS

Ramai Rakyat Sarawak Masih Tidak Tahu Kerajaan PH Telah Batalkan Pembinaan 3 Jambatan Di Sarawak


KUCHING: Masih ramai rakyat Sarawak yang tidak tahu bahawa beberapa projek ralyat yang diluluskan Kerajaan Persekutuan terdahulu termasuk tiga jambatan utama di Sarawak telah dibatalkan Kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Disebabkan itu, ada rakyat Sarawak yang meluahkan perasaan tidak puas hati terhadap Kerajaan Sarawak di media sosial yang dikatakan bertanggungjawab terhadap pembatalan projek-projek rakyat yang dibatal.

Baru-baru ini ramai netizen yang mengambil kesempatan cuti panjang balik ke kampung dengan menggunakan jalan pesisir terpaksa menunggu feri dalam masa yang lama disebabkan perlu berbaris panjang.

Selain laluan jalan pesisir yang pendek, penduduk Sarawak ramai menggunakan jalan ini disebabkan Lebuh Raya Pan Borneo kini sedang dalam pembinaan dan tidak selamat digunakan lebih-lebih lagi musim hujan ini. 

Mengimbas kembali kenyataan Menteri Kerja Raya Malaysia Baru Bian di Majlis Perasmian Pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Mukah pada Disember lepas [https://www.utusanborneo.com.my/2018/12/21/kekangan-kewangan-pembinaan-tiga-jambatan-ditangguh] yang menyatakan pembinaan 3 jambatan di Sarawak iaitu Jambatan Batang Lupar, Jambatan Igan dan Jambatan Rambungan ditangguhkan akibat kekangan kewangan.

Biarpun Baru Bian menyatakan projek itu ditangguh, tetapi hakikat sebenarnya projek pembinaan 3 jambatan penting itu dibatalkan.

Menyedari kepentingan jambatan itu kepada perhubungan rakyat khususnya mereka yang tinggal di kawasan pesisir, Kerajaan Sarawak telah bersetuju untuk mengambil alih dan membiayai pembinaan tersebut.

Menteri Muda Jalan Pesisir Datuk Julaihi Narawi telah menjelaskan bahawa Kerajaan Sarawak telah mengambil alih dan meneruskan projek pembinaan tiga buah jambatan di kawasan pesisir meskipun dibatalkan Kerajaan PH [https://www.utusanborneo.com.my/2018/12/22/tiga-jambatan-tetap-dibina-kerajaan-sarawak-demi-manfaat-penduduk-luar-bandar].

Ini telah disuarakan Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi (Dr.) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg dalam penggulungan Bajet 2019 Sarawak pada November lepas di mana Kerajaan Sarawak akan membiayai sepenuhnya pembinaan tiga buah jambatan itu.

Projek pembinaan Jambatan Batang Lupar yang mencecah 4.5 hingga 5 meter yang dahulunya telah dipersetujui 50:50 di antara Kerajaan Persekutuan terdahulu (Barisan Nasional) dan Kerajaan Sarawak yang menyaksikan perkongsian peruntukan berjumlah RM500 juta dengan anggaran kos sebanyak RM1 bilion. 

Persetujuan ini telah meterai semasa pemerintahan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan bekas Ketua Menteri Sarawak Allahyarham Pehin Sri Adenan Satem.


Manakala, pembinaan Jambatan Batang Igan dan Jambatan Rambungan yang telah diluluskan sebelum ini oleh Kerajaan Persekutuan BN juga telah dibatalkan akibat alasan yang sama iaitu kekangan kewangan.

No comments

Powered by Blogger.