Mohd Ghafar Abd Jamal Dari Kampung Salak Dikehendaki Polis
KUCHING: Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Sarawak sedang mengesan seorang lelaki untuk membantu siasatan berhubung kes penipuan kerja di Kemboja.
Ketuanya Superintenden Mustafa Kamal Gani Abdullah berkata lelaki terbabit dikenali sebagai Mohd Ghafar Abd Jamal (gambar) berusia 26 tahun dengan alamat terakhirnya di Kampung Salak.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung Ghafar boleh menghubungi Mustafa di talian 019-7000577 atau pengawai penyiasat ASP Pricha Azin di talian 019-8897640.
No comments