Header Ads

Header ADS

Rupa-Rupanya Selama Ini Hasil Minyak Sarawak Telah Diambil Kerajaan Persekutuan Sebanyak 95%


KUCHING: Sarawak yang terkenal sebagai negeri pengeluar minyak dan gas utama di Malaysia dan dikatakan sebagai negeri ketiga terkaya di Malaysia sebenarnya hanyalah di atas kertas. 

Ini kerana selama ini hasil minyak dan gas yang ada di Sarawak telah 'diambil Kerajaan Persekutuan' sebanyak 95% sejak dari tahun 1975 lagi.

Pada tahun 1974, Syarikat Petroleum Nasional (PETRONAS) telah ditubuhkan dan bermula dari itu Sarawak hanya diberikan 5% royalti manakala selebihnya 95% lagi diambil Kerajaan Persekutuan.

Sebagai contoh, jumlah minyak dan gas diperolehi Sarawak  pada tahun 2017 ialah RM51,637,279 juta. (Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia)

Daripada jumlah itu, 95% diambil Kerajaan Persekutuan dan hanya 5% untuk Sarawak. 

Polisi ini telah berlaku sejak 1975 lagi hingga sekarang. Atas sebab itu, Kerajaan Sarawak ketika ini telah mengenakan cukai produk petroleum sebanyak 5% mulai tahun ini untuk memperoleh pendapatan tambahan.

Juga, Kerajaan Sarawak mahu mendapatkan kembali hak rakyat dan negeri Sarawak seperti dalam Perjanjian Malaysia 1963. 

Maka, tidak hairanlah Sarawak kurang membangun disebabkan polisi Kerajaan Persekutuan (sehingga kini) kerana kebanyakan sumber peruntukan Sarawak datangnya daripada Kerajaan Persekutuan.

Baru-baru ini, hasil kajian Profesor Madya Madeline Berma dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkenaan Sarawak antara tiga negeri terkaya di Malaysia, tetapi mempunyai 7 daripada sepuluh daerah termiskin di Malaysia telah dikeluarkan sebuah akhbar tempatan Sarawak pada 1 Februari lepas, heboh satu Sarawak.

Dengan tidak menyatakan apakah sampel dan kaedah yang digunakan untuk menjalankan kajian tersebut, Profesor Madya Madeline telah melabelkan 7 daerah iaitu Pakan, Lubok Antu, Song, Kanowit, Selangau, Simunjan dan Daro di Sarawak sebagai daerah termiskin. 

Mengulas lanjut berkenaan isu ini, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakan Tan Sri William Mawan anak Ikom dalam satu temu bualnya bersama Unit Komunikasi Awam Sarawak, Cats FM dan TVSarawak berkata hasil kajian itu boleh dipertikaikan.

Malah, beliau dan rakyat Pakan terkejut dengan hasil kajian itu yang disifatkan sebagai tidak tepat.

Ini kerana dapatan kajian yang dilakukan itu dibuat secara rawak dan adalah tidak wajar Pakan dikatakan sebagai daerah termiskin di Malaysia.

Misalnya, kawasan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pakan kini telah diliputi dengan sistem bekalan elektrik kira-kira 98 peratus. Juga, 60 peratus lagi menerima bekalan air bersih. 

Untuk tidak memanjangkan cerita, Tan Sri William Mawan anak Ikom mempelawa Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Rina Harun dan penganalisis ekonomi Profesor Madya Dr Madeline Berma datang sendiri ke Pakan untuk melihat pelbagai pembangunan yang ada di Pakan ketika ini.

Datanglah ke Pakan dan lihat sendiri pembangunan yang ada di daerah ini sebelum boleh melabelkan Pakan sebagai sebuah daerah miskin di Malaysia.


No comments

Powered by Blogger.