Masalah Bekalan Air Di Kampung Seberang Pusa Telah Diselesaikan
PUSA: Masalah bekalan air bersih yang berlaku di Kampung Seberang Pusa telah berjaya diselesaikan pihak Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) Bahagian Betong pada 1 Mac lepas.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan JBALB, masalah bekalan air tersebut disebabkan berpunca daripada paip 315mm HDPE pecah berhampiran dengan Kampung Selulap, Pusa.
Susulan kejadian itu, JBALB telah menyalurkan penghantaran bekalan air di Kampung Seberang Pusa dengan segera bagi membolehkan penduduk tidak terputus dalam mendapatkan bekalan air bagi keperluan harian.
Pada masa yang sama, kerja-kerja pembaikan turut dipercepatkan dan tekanan air mula meningkat ke kawasan-kawasan yang terjejas.
Pegawai dan kakitangan JBALB Bahagian Betong turut turun padang untuk memantau keadaan di kampung tersebut dan memastikan bahawa bekalan air di Kampung Seberang Pusa telah pulih seperti sediakala.
No comments