Header Ads

Header ADS

Masjid India Mercu Baru Bandar Kuching


KUCHING: Masjid India yang dijadikan mercu baru Bandaraya Kuching tersergam indah menghiasi Sungai Sarawak melambangkan kesucian Islam kini dibuka secara rasminya.

Majlis perasmian masjid itu disempurnakan Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dan turut dihadiri Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, malam tadi.

Tun Taib berkata, masjid baharu itu akan menghimpunkan masyarakat pelbagai latar belakang di bandar raya ini.

“Masjid baharu ini akan menjadi tempat untuk orang ramai bukan sahaja masyarakat Melayu Islam tetapi juga masyarakat India Islam berkumpul dan mengeratkan silaturahim antara kita.

“Saya juga yakin masjid yang tersergam indah ini akan menjadi tarikan orang ramai termasuk pelancong datang merakam kenangan di sini,” katanya semasa berucap di majlis perasmian Masjid India.

Sementara itu, Abang Zohari berkata, satu lagi mercu tanda baharu bandar Kuching yang merupakan tanda perkembangan ilmu Islam dan tempat permuafakatan masyarakat Islam serta tempat menyebarkan ikatan persahabatan dengan semua lapisan masyarakat di sekitar bandar Kuching kini dibuka secara rasminya.

“Apatah lagi Masjid India Bandar Kuching yang tersergam indah ini konsepnya adalah daripada idea Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri sendiri,” katanya.

Malah, menurutnya lagi, ia menjadi pusat pertemuan dan menjalinkan silaturahim di tengah-tengah tempat perniagaan yang sibuk.

“Sekarang ini kita boleh lihat Lebuh India menjadi antara tempat yang digemari untuk membeli-belah, menjadi tarikan kepada pelancong dan mengambil istilah orang sekarang amat ‘happening’ terutama sekali pada musimmusim perayaan,” ujarnya.

Ekoran itu, tegasnya, Masjid India dan Lebuh India ‘berpisah tiada’ dan mempunyai karaktor tersendiri dan percaya akan memberi sinar kepada Jalan Gambier.

Katanya, masjid yang tersergam indah ini juga akan menjadi tarikan dan menggamit pelancong untuk singgah berkunjung.

“Maka, harapan kita agar sama-samalah kita menjaga keindahan dan kebersihan masjid ini.

“Mungkin tidak keterlaluan untuk saya menyatakan Masjid India Bandar Kuching ini akan menjadi ‘first impression’ para pelancong dan mereka yang bukan Islam kepada Islam,” tambahnya.

No comments

Powered by Blogger.