Header Ads

Header ADS

Jalan Kampung Bawang Obor Kini Siap Dibaik Pulih


LIMBANG: Rungutan dan aduan penduduk berkenaan Jalan Kampung Bawang Obor yang terbengkalai dan menjejaskan aktiviti harian penduduk segera dilaksanakan selepas isu ini dipanjangkan Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak kepada kontraktor terbabit.

Ini susulan daripada aduan rakyat Christopher Jantan di dalam media sosial pada 8 Februari lepas yang menjelaskan jentera kontraktor tersebut hanya sekadar parkir di tepi jalan dalam tempoh yang agak lama serta pada masa sama, menyukarkan laluan penduduk Kampung Bawang.

Hasil siasatan didapati Jalan Kampung Bawang Obor di Batu Danau, Limbang rosak dan berlubang telah menjejaskan aktiviti harian penduduk.

Jalan tersebut juga dalam proses baik pulih didapati terbengkalai dan menjadi rungutan penduduk di Kampung Bawang Obor.

Berikutan itu, JKR Sarawak telah memanjangkan isu ini kepada kontraktor yang terlibat dengan kerja-kerja baik pulih laluan tersebut disegerakan dan memastikan jalan boleh digunakan penduduk kampung.

Kontraktor segera melaksanakan baik pulih jalan tersebut dan berjaya menyiapkannya seperti mana yang diarahkan. 

Manakala, jentera kontraktor juga telah dialihkan selepas kerja-kerja baik pulih jalan telah disiapkan.

No comments

Powered by Blogger.