MPP Ambil Berat Aduan Rakyat Segera Ambil Tindakan
KUCHING: Selepas mendapat maklumat daripada Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) berhubung aduan rakyat yang dimuat naik di media sosial, Pengerusi Majlis Perbandaran Padawan (MPP) YB Lo Khere Chiang telah bertindak dengan mengarahkan pegawai penguatkuasa MPP ke lokasi kejadian.
Ini susulan daripada status media sosial milik Stefania Tan yang telah memuat naik aduan berkenaan kewujudan pondok haram di kawasan MJC dengan disertakan tiga keping gambar.
Status tersebut turut di'tag'kan kepada akaun facebook milik Lo Khere Chiang dan dikongsikan di facebook pages Sarawak Public Feedback.
Perkara itu kemudiannya telah dipanjangkan kepada pengetahun Lo Khere Chiang yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang untuk diambil tindakan segera.
Beliau telah bertindak mengarahkan anggota penguatkuasa MPP bersama pegawai polis dari Balai Polis Batu Kawah serta Bahagian Kesihatan Awam MPP membuat operasi merobohkan pondik haram tersebut.
Maklumat ini kemudiannya telah dikongsikan di facebook pages UKAS dengan menjelaskan bahawa isu pondok haram di MJC ini telah diambil tindakan segera MPP.
No comments