Header Ads

Header ADS

Patriotiknya Baru Bian, 25 Jambatan Di Sabah Dinaiktaraf, 3 Jambatan Di Sarawak Dibatalkan


KUCHING: Inilah sebabnya mengapa Baru Bian diangkat menjadi Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak dan Menteri Kerja Raya, mendahulukan 'negeri' lain dan menidakkan hak negeri sendiri.

Baru-baru ini, Menteri Kerja Raya Baru Bian berjanji melakukan yang terbaik untuk menaik taraf 25 jambatan di Sabah dalam tempoh dua tahun akan datang bagi membolehkan bebanan lebih berat bagi menampung lori dan treler dan seterusnya mengurangkan logistik dan kos hidup di negeri tersebut.


Turut hadir ialah Pengarah Jabatan Kerja Raya Malaysia untuk kejuruteraan jalan dan jambatan, Dato 'Ir Hj Che Noor Azeman.

Manakala, 3 jambatan di Sarawak iaitu Jambatan Batang Lupar, Jambatan Rambungan dan Jambatan Batang Igan yang sebelum ini telah diluluskan peruntukkannya secara tidak berperikemanusiaan Kerajaan Pakatan Harapan (PH) telah membatalkannya. 

Inilah ciri-ciri pemimpin Pakatan Harapan yang diagung-agungkan ahli dan penyokong PKR, DAP, AMANAH dan PPBM di Sarawak yang sentiasa mengutamakan kepentingan orang lain berbanding negeri sendiri.


Sebab itu, rakyat Sarawak perlu menilai kembali pemilihan mereka sebagai wakil rakyat yang jelas gagal memperjuangkan hak dan kepentingan rakyat Sarawak dalam membangunkan negeri ini.

No comments

Powered by Blogger.